Kelayakan Piala Dunia: Indonesia hampir gigit Pak Arab

Saufi Tahir
October 10, 2024 07:44 MYT
Wakil Asia Tenggara, Indonesia, hampir mencuri tiga mata penuh di tempat lawan dalam perlawanan Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia sebelum jaringan Mohamed Marhoon pada minit kecederaan memastikan kedua-dua pasukan terikat 2-2.
Aksi di Stadium Nasional Bahrain itu menyaksikan pasukan tuan rumah terlebih dahulu mendahului selepas rembatannya cantik Marhoon memastikan Maarten Paes mati langkah.
Namun, Ragnar Oratmengoen bijak memanfaatkan situasi kucar-kacir di hadapan gawang untuk skuad Garuda menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-47 dalam babak pertama untuk terikat 1-1.

*Ganti foto ah* Tiga poin didepan mata harus sirna setelah Bahrain mencetak gol penyeimbang kedudukan di menit akhir laga. TETAP SEMANGAT GARUDA! ? Komentar Anda?#TimnasDay #Indonesia #Bahrain #WCQ2026 #MatchdayGOAL pic.twitter.com/Yfsx6tS0xh

— GOAL Indonesia (@GOAL_ID) October 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rafael Struick memastikan Indonesia mendahului 2-1 buat pertama kali selepas sepakan lencongnya manewaskan penjaga gawang Bahrain.
Begitupun, ketika Indonesia hampir pasti mengutip tiga mata penuh, Marhoon sekali lagi menjadi penghalang selepas menolak masuk bola daripada sepakan sudut pada minit ke-98 untuk perlawanan berakhir 2-2.
Keputusan itu menolak skuad kendalian Shin Tae-yong berada di kedudukan kelima Kumpulan C selepas melakar tiga keputusan seri sebelum ini ketika berdepan Australia, Saudi Arabia dan Bahrain.
#bola sepak #Indonesia #Bahrain #kelayakan Piala Dunia
;