Kelayakan Piala Dunia 2026: Keputusan tidak konsisten, jurulatih Brazil perlu masa
Sabrina Mustaffa
November 19, 2024 11:59 MYT
November 19, 2024 11:59 MYT
Brazil bakal menerima kunjungan Uruguay dalam saingan paling sengit bola sepak Amerika Selatan dalam Kelayakan Piala Dunia 2026 zon Konfederasi Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL), dengan kedua-dua pasukan berdepan masalah prestasi sejak kebelakangan ini.
Juara dunia lima kali itu berdepan risiko gagal layak ke pusingan akhir, tetapi kemenangan ke atas Chile dan Peru menyaksikan anak buah Dorival Junior mendaki ke tempat keempat dalam kumpulan kelayakan 10 pasukan CONMEBOL, di mana enam teratas akan menempah slot automatik di Piala Dunia 2026.
"Dalam skuad kebangsaan, pemain baru sahaja tiba daripada aksi kompetitif atau kem latihan. Mereka datang dari sistem kelab di mana setiap pemain mempunyai peranan masing-masing mahupun bermain secara bebas.
"Berada dalam skuad kebangsaan nyata situasi berbeza dan mengakui mencabar untuk mengadaptasi.
Terbukti pemain bintang seperti Lionel Messi atau pemain bintang Brazil lain turut menghadapi kritikan atas persembahan bersama skuad kebangsaan.
"Pendapat saya, kunci utama untuk mengatasi perkara ini adalah dengan menggalakkan tingkah laku kolektif yang merujuk kepada kelakuan spontan secara berkumpulan dengan harapan pasukan mampu mencapai keserasian dengan sendirinya" kata pengurus Brazil, Dorival Junior, dalam satu sesi sidang media.