Kejohanan Olaharaga B-18 SEA: Dua wakil Thailand ungguli acara 100 meter
Najmi Iman
November 29, 2024 19:35 MYT
November 29, 2024 19:35 MYT
Atlet remaja lelaki Thailand, Chutithat Pruksorranan, muncul juara acara 100 meter selepas merekodkan 10.67 saat dalam perlumbaan terakhir Kejohanan Olahraga B-18 2024 di Stadium Likas, Sabah.
Juara tersebut turut memperbaharui catatan kejohanan yang menewaskan rakan senegara, Wirayut Daenkhanob, pada tahun lalu.
Wakil negara, Muhammad Dzul Danish, mengakhiri larian di tempat ketiga dengan catatan 10.70s.
Sementara itu, saingan wanita juga dikuasai Thailand, Chanthell Nauricette, yang memintas lawan dari Indonesiam Shava Salvia Warangga untuk bergelar juara.