Kejohanan Bola Sepak 7's Asia: Malaysia belasah Hong Kong 9-0, aksi suku akhir menanti malam ini

Najmi Iman
October 11, 2024 19:49 MYT
Malaysia menebus kehampaan selepas tewas kepada Filipina 3-4 semalam untuk kembali mempamerkan kebangkitan sensasi memperoleh kemenangan kedua dalam aksi Kumpulan B Kejohanan Bola Sepak 7's Asia di EV Arena Elimina, Shah Alam, sebentar tadi.
Anak-anak buah Sulaiman Hussin bermula garang dan mengusai keseluruhan permainan tanpa membenarkan sebarang ancaman berbahaya dapat dilakukan oleh pasukan lawan.
Hasilnya, Malaysia menonjolkan permainan garang dengan mencatatkan sembilan gol berbalas kosong (9-0) untuk menewaskan Hong Kong.

Kejohanan Malaysia 7s Fandi Othman teruja menjelang aksi suku akhir bertemu Singapura yang miliki nilai sentimental merujuk kepada beberapa pemain Singapura yang juga pernah sezaman dengannya sebelum ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/YVb8VN6tmD

— FinaNasrom (@fnasrom) October 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seterusnya, cabaran Malaysia akan diteruskan ke peringkat suku akhir yang akan bermula sebentar nanti.
#bola sepak #Malaysia #Kejohanan Bola Sepak 7's Asia
;