India jalani persiapan rapi nantikan Harimau Malaya di Hyderabad
Shaiful Shamsudin
November 12, 2024 12:29 MYT
November 12, 2024 12:29 MYT
Manolo Marquez percaya India akan menerima manfaat melalui tempoh panjang persediaan menghadapi Harimau Malaya di Hyderabad, 18 November depan.
Skuad Blue Tigers itu -- yang mahu melunaskan hutang kekalahan dalam Pestabola Merdeka tahun lalu -- memenuhi jadual antarabangsa bulan ini dengan sebuah perlawanan dan ketua jurulatih India itu akan menggunakan ruang yang ada untuk memperincikan corak permainannya menjelang pertemuan di Stadium Balayogi Gachibowli itu.
Selepas terikat 1-1 dengan satu lagi pasukan dari rantau Asia, Vietnam, Marquez berhasrat menutup kempen tahun ini dengan nota positif.
"Kita boleh saksikan peningkatan dengan persediaan yang lebih panjang, kami mampu beraksi dengan baik,
Indian national football team in the last 12 games.#IndianFootball pic.twitter.com/t9sndSRR9a
— Football Express India (@FExpressIndia) October 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Semua orang mahukan lebih banyak perlawanan tapi kami masih dalam pembikinan, maka adalah lebih baik menggunakan kesempatan yang ada untuk mengadakan persiapan.
"Kami akan menghadapi satu lagi perlawanan antarabangsa pada Mac kelak menjelang aksi kelayakan Piala Asia," katanya yang turut dalam misi mengakhiri kemarau 12 perlawanan.
Dalam masa sama, jurulatih kelahiran Barcelona yang dilantik sejak Julai lalu itu perlu mempunyai rencana berbeza selepas kehilangan tonggak utama, Anirudh Thapa dan Vikram Pratap Singh, akibat kecederaan.