Harimau Malaya idam kejutkan pasukan ranking ke-95 dunia


October 14, 2024 09:23 MYT

Skuad Harimau Malaya sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan yang dijangka sukar menentang pasukan ranking ke-95 dunia, New Zealand dalam aksi persahabatan Tier 1 di Stadium North Harbour pada Isnin.

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente berkata, beliau menyedari kualiti dimiliki pasukan All Whites itu yang dibarisi kebanyakkan pemain di Liga Eropah, namun skuad negara telah melakukan persediaan yang cukup rapi.

Beliau turut mendedahkan telah menilai corak permainan New Zealand dan percaya sesuatu boleh dilakukan para pemainnya dalam perlawanan itu.

“New Zealand mempunyai ramai pemain yang beraksi di Eropah dalam liga tertinggi.

Hari Perlawanan | Isnin, 14 Oktober 2024 Perlawanan Antarabangsa Tier 1 ⚽ NEW ZEALAND ?? ?️ ?? MALAYSIA ? 2:00 petang ini (Waktu MY) ? 7:00 malam ini (Waktu NZ) ? Stadium North Harbour, Auckland ? Live di @tvsarawak Saluran 122 Astro, Unifi TV & MYTV#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/uJzc9T6jh4

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

“Mereka juga (dalam tiga perlawanan terakhir) sering bermain di laman lawan dan apabila bermain di laman sendiri,mereka sudah tentu akan mempunyai motivasi tinggi dan mahu menang.

“Jadi, kami perlu bersedia untuk menghadapi perlawanan yang sangat sukar,” katanya.

Kali terakhir Harimau Malaya bertemu New Zealand pada 18 tahun lalu dan tewas 0-1 ketika dibimbing oleh Norizan Bakar pada aksi persahabatan pertama di Christchurch, 19 Februari 2006.

Kemudian, skuad negara turut tewas 1-2 dalam perlawanan persahabatan kedua di Auckland, 23 Februari 2006.

Sesi latihan rasmi skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti di Stadium North Harbour, Auckland, petang tadi bagi persiapan menjelang Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang New Zealand di stadium tersebut, 7:00 malam esok (2:00 petang esok Waktu Malaysia).#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/yZsCbavbZz

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pau Marti juga mahu memandang ke hadapan untuk meraih keputusan positif dalam perlawanan tersebut sekali gus dapat memperbaiki ranking Harimau Malaya yang ketika ini berada di kedudukan ke-132 dunia.

“Sudah tentu setiap perlawanan membabitkan Harimau Malaya sangat istimewa. Kami boleh mencipta sejarah sekiranya kami melakar kemenangan.

“Kami juga boleh memperbaiki ranking berada di kedudukan bawah 130 sekiranya menang dan ia menjadi satu langkah besar buat pasukan dalam memberikan motivasi dan keyakinan,” katanya.

Skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti meneruskan hari keenam kem latihan pusat di Auckland, New Zealand dengan sesi latihan terbuka untuk disaksikan oleh penyokong Harimau Malaya terdiri daripada rakyat Malaysia di New Zealand.#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/K9TIyEeycE

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Skuad Harimau Malaya telah berada di New Zealand sejak 6 Oktober lalu dan menjalani kem latihan pusat di sana selain turut mengadakan perlawanan persahabatan menentang kelab Auckland FC yang berkesudahan seri 1-1. - Sinar

#bola sepak #New Zealand #Harimau Malaya
;