LIGA SUPER MSIA

Gol JDT paling banyak dihasilkan pada 15 minit terakhir

Stadium Astro
Muzaffar Musa
24/12/2023
08:16 MYT
Sponsor Banner
Gol JDT paling banyak dihasilkan pada 15 minit terakhir
Laman sosial rasmi Johor Darul Ta'zim (JDT), Johor Southern Tigers, sebentar tadi mengeluarkan statistik ringkas mengenai jaringan pasukan mereka berdasarkan minit permainan sepanjang musim ini.
Berdasarkan statistik itu, 33 gol dihasilkan Harimau Selatan dari minit ke-75 hingga ke minit ke-90.
Ia menunjukkan bahawa pasukan selatan tanah air itu menghasilkan gol paling banyak pada 15 minit terakhir sebelum tamat perlawanan.
menyusul di kedudukan kedua adalah suku jam pertama selepas waktu rehat, di mana JDT menghasilkan 31 gol daripada minit ke-46 hingga ke-60 dan suku jam selepas itu -- dari minit ke-61 hingga 75 -- menyaksikan pasukan bimbingan Esteban Solari berkenaan menghasilkan 26 gol.
Setengah jam pertama sepak mula menyaksikan JDT mendaftarkan 46 gol dengan 22 daripadanya terhasil dalam 15 minit pertama dan 24 gol dihasilkan dalam 15 minit kedua selain 26 gol didaftarkan pada suku jam terakhir sebelum waktu rehat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video