LIGA SUPER MSIA
Gol JDT musim ini paling banyak terhasil pada suku jam terakhir
Laman sosial rasmi Johor Darul Ta'zim (JDT), Johor Southern Tigers, malam tadi mengeluarkan statistik ringkas mengenai jaringan pasukan mereka berdasarkan minit permainan sepanjang musim ini.
Berdasarkan statistik itu, 29 gol dihasilkan Harimau Selatan dari minit ke-75 hingga ke minit ke-90.
Ia menunjukkan bahawa pasukan selatan tanah air itu menghasilkan gol paling banyak pada 15 minit terakhir sebelum tamat perlawanan.
Iklan
menyusul di kedudukan kedua adalah suku jam pertama selepas waktu rehat, di mana JDT menghasilkan 28 gol daripada minit ke-46 hingga ke-60 dan suku jam selepas itu -- dari minit ke-61 hingga 75 -- menyaksikan pasukan bimbingan Esteban Solari berkenaan menghasilkan 24 gol.
Setengah jam pertama sepak mula menyaksikan JDT mendaftarkan 42 gol dengan 19 daripadanya terhasil dalam 15 minit pertama dan 23 gol dihasilkan dalam 15 minit kedua selain 20 gol didaftarkan pada suku jam terakhir sebelum waktu rehat.
Must-Watch Video