FAM kekal proaktif usaha dapatkan pemain warisan

Ammar Hakim
October 2, 2024 19:34 MYT
Niat murni pemain warisan berpengkalan Belanda, Mats Deijl, menyarung jersi negara tidak kesampaian.
Hampa, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak sesekali menghadirkan situasi berpatah arang.
Malah menegaskan masih terbuka dalam pencarian pemain berdarah warisan di seluruh pelosok dunia.

Hampa juga dengan keputusan FIFA nafikan hasrat Mats Deijl sarung jersi negara namun FAM kekal dalam meneruskan pencarian pemain warisan dengan objektif utama letak Malaysia antara pasukan mampu bersaing di pentas Asia@ASTROARENA pic.twitter.com/qX6bAOiV2H

— FinaNasrom (@fnasrom) October 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya berharap adanya beberapa pemain warisan yang berpengkalan di luar negara ini tidak ‘membantutkan’ usaha kita untuk meneruskan atau mendapatkan pemain terbaik bagi meneruskan agenda kita untuk memperkuatkan pasukan nasional.
“Walaupun kita nampak usaha untuk mendapatkan (Mats Deijl) itu gagal, kita juga harus ucapkan terima kasih kepada beliau kerana hasrat murni (bermain untuk) Malaysia,” katanya Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, selepas Majlis Menandatangani Perjanjian di antara FAM & Warner Music Malaysia di sini hari ini.
Dalam perkembangan berbeza, FAM dan Warner Music Malaysia capai kata sepakat dalam kerjasama penggubahan lagu khusus buat Harimau Malaya.
Berlandaskan semangat skuad kebangsaan yang disatukan dengan sokongan padu penyokong negara, hasrat FAM mahu melihat lagu rasmi Harimau Malaya itu mampu membawa aura berbeza buat semua pihak.
Pengarah A&R Warner Music Malaysia dan Singapura, Raqeem Brian, sedang mempertimbangkan beberapa perkara utama sebelum keputusan akhir diumumkan dalam masa terdekat.
#FAM #Persatuan Bola Sepak Malaysia #Belanda #Mats Deijl
;