EPL: Kemalangan menunggu untuk berlaku -- Mikel Arteta ekoran kekalahan mengejut kepada Bournemouth

Najmi Iman
October 20, 2024 08:43 MYT
Bournemouth 0 ARSENAL 2
Ketua jurulatih Arsenal, Mikel Arteta, meluahkan kekecewaannya terhadap kekalahan 0-2 The Gunners kepada Bournemouth yang menyifatkan kesilapan pemain membawa padah dalam perlawanan minggu kelapan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.
Arsenal gagal mengekalkan rentak konsistensi selepas tunduk kepada pasukan tuan rumah buat kali pertama saingan EPL musim ini di Stadium Vitality.
Keputusan itu jelas tidak memberi kelebihan buat Arsenal yang tidak menggugat kedudukan Manchester City dan Liverpool dalam perebutan carta teratas EPL.
Layangan kad merah pada minit ke-30 kepada pertahanan Perancis, William Saliba, susulan semakan video bantuan pengadil (VAR) yang mendapati terjahan keras dilakukan terhadap Evanilson telah merencatkan permainan Arsenal untuk memberi cabaran setimpal sepanjang aksi berjalan.

We are decent ? pic.twitter.com/i9Xu1tW2lu

— AFC Bournemouth ? (@afcbournemouth) October 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami sukar melakukan kejutan apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain selama 70 minit kerana ia adalah kemalangan yang menunggu untuk berlaku.
"Tidak dinafikan kami mempunyai peluang terbaik untuk mengubah permainan, sebaliknya kami melepaskan gol pertama yang memberi tekanan tinggi kepada semua pemain.
"Saya nampak setiap pemain ingin mencuba sesuatu, namun ia tidak mampu seterusnys tidak mencukupi untuk memimpin perlawanan," luahnya kesal.
#bola sepak #Arsenal #EPL #Bournemouth #Liga Perdana Inggeris #Mikel Arteta
;