EPL: Gary Neville ganti Alex Ferguson di Manchester United

Muzaffar Musa
October 21, 2024 09:48 MYT
Gary Neville dilaporkan sudah memulakan peranan selaku duta Manchester United, hanya beberapa hari selepas pengurus legenda, Alex Ferguson, dipecat daripada peranan itu.
Ferguson menjadi duta golbal kelab itu selepas menamatkan era 27 tahunnya bersama United pada 2013. Dia dilaporkan menerima bayaran £2.16 juta (RM12.13 juta) setahun sebagai duta global kelab itu dalam kesepakatan yang berterusan selama lebih sedekad lalu.
Bagaimanapun, pengurus legenda berusia 82 tahun itu kehilangan kontrak berkenaan selepas perbincangan bersama pemilik minoriti United, Jim Ratcliffe.
Keputusan itu merupakan sebagai usaha pengurangan kos yang dilakukan Ratcliffe sejak Ineos mengambil alih operasi bola sepak pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan.
Akhbar United Kingdom, The Sun, melaporkan pertahanan legenda United, Neville, sudah memulakan tugas selaku duta The Red Devils secara separuh masa.
Bekas pemain berusia 49 tahun itu, yang pernah mewakili United ebanyak 602 kali, sudah mewakili kelab itu di India.
Neville dilaporkan menjadi panel di Akademi Minerva di Mohali dan turut berkongsi gambar perjalanannya di sana, di mana dia menghadiri program bola sepak akar umbi utama Apollo Tyres.
Dia juga menjadi sebahagian daripada pasukan petugas stadium United pada ketika Ratcliffe sedang meneliti cadangan untuk membina sebuah stadium baru.
#bola sepak #Manchester United #Alex Ferguson #Garry Neville
;