EPL: Arne Slot percaya masih banyak rintangan menanti Liverpool

Saufi Tahir
November 10, 2024 09:42 MYT
Pengendali Liverpool, memberikan bayangan banyak cabaran menanti pasukannya dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), walaupun The Reds kini sedang selesa mendahului di puncak liga dengan jurang lima mata daripada pencabar terdekat.
Liverpool memanfaatkan kekalahan Manchester City di Brighton dengan memperolehi tiga mata selepas menewaskan Aston Villa 2-0 di laman sendiri hasil jaringan Darwin Nunez dan Mohamed Salah, awal pagi tadi.
Walaupun Slot gembira dengan keputusan itu, dia sedar berada di kedudukan teratas liga ketika ini tidak menjamin perebutan gelaran EPL pasukannya.

?✊ pic.twitter.com/t0Y9ZIwOxf

— Liverpool FC (@LFC) November 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ia tidak mudah, seperti kebanyakan perlawanan kami sekarang, Aston Villa mungkin tidak agresif seperti yang kami sangkakan," katanya kepada TNT Sport.
"Kami bersabar, satu perkara yang mereka sangat mahir adalah situasi bola pegun. Kami mengawal permainan dan menjaringkan gol daripada dua serangan balas yang kami tidak jangkakan.

Arne Slot offered a post-match update on the injury sustained by Trent Alexander-Arnold tonight ⤵️

— Liverpool FC (@LFC) November 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Jika melihat aksi akan datang, ia sukar. Ia akan menjadi musim yang sukar secara umumnya. Kami mempunyai margin, tetapi ia kecil. Banyak cabaran menanti kami." tambahnya.
Liverpool kini telah mengumpul 28 mata dalam saingan liga dengan Slot menjadi pengurus keempat yang memenangi sebanyak sembilan daripada 11 perlawanan EPL pertamanya sebagai pengurus selepas John Gregory, Guus Hiddink dan Carlo Ancelotti.
#bola sepak #Liverpool #EPL #Arne Slot
;