Enam musim lima jurulatih, selepas ini? -- Soal penyokong Selangor

Saufi Tahir
November 7, 2024 19:45 MYT
Penyokong Selangor hadir di Stadium Piala Dunia Jeonju bagi menyokong pasukan dari Lembah Klang itu berdepan Jeonbuk dengan kain rentang yang mencuri tumpuan.
Kain rentang itu tertulis: "Enam musim lima jurulatih, selepas ini?".

Selangor FC hari ini sebulat suara mengumumkan Nidzam Jamil selaku Ketua Jurulatih baru bagi mengharungi musim 2024/25. Dilahirkan dan membesar di pekan Kajang, beliau juga merupakan bekas pemain Selangor pada tahun 2000 hingga 2004. Semoga dengan pelantikan serta kepercayaan… pic.twitter.com/W94Vc7KiO0

— Selangor FC (@selangorfc) March 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tindakan itu susulan Selangor sudah dikendalikan lima jurulatih sebelum ini untuk memacu kejayaan Selangor sepanjang enam musim tetapi masih belum membuahkan hasil dengan Nidzam Jamil merupakan jurulatih terakhir Gergasi Merah sebelum dia meletakkan jawatannya berkuat kuasa serta-merta, Oktober lalu.
Kini, Abdi Hasan menjawat jawatan sementara sebagai jurulatih Selangor dan dikhabarkan seorang jurulatih berprofil tinggi bakal mengisi tempat kosong selaku ketua jurulatih pasukan dari Lembah Klang itu.
#bola sepak #Selangor #ACL2 #Jeonbuk Hyundai Motor
;