Penyokong Selangor hadir di Stadium Piala Dunia Jeonju bagi menyokong pasukan dari Lembah Klang itu berdepan Jeonbuk dengan kain rentang yang mencuri tumpuan.

Kain rentang itu tertulis: "Enam musim lima jurulatih, selepas ini?".





Tindakan itu susulan Selangor sudah dikendalikan lima jurulatih sebelum ini untuk memacu kejayaan Selangor sepanjang enam musim tetapi masih belum membuahkan hasil dengan Nidzam Jamil merupakan jurulatih terakhir Gergasi Merah sebelum dia meletakkan jawatannya berkuat kuasa serta-merta, Oktober lalu.

Kini, Abdi Hasan menjawat jawatan sementara sebagai jurulatih Selangor dan dikhabarkan seorang jurulatih berprofil tinggi bakal mengisi tempat kosong selaku ketua jurulatih pasukan dari Lembah Klang itu.