BADMINTON
Badminton Masters Indonesia: Man-Tee hantar wakil China pulang awal
Beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Wai Kun, bermula langkah kanan di Kejohanan Badminton Masters Indonesia selepas menewaskan lawan dari China, Sun Wen Jun-Zhu Yi Jun, dalam saingan pusingan 32 di Istora Senayan, Jakarta, sebentar tadi.
Wakil negara di ranking ke-14 dunia itu hanya memerlukan 29 minit untuk menyingkirkan lawan di kedudukan ke-82 dunia itu dalam aksi straight set, 21-19,21-14.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mereka akan berdepan lawan dari Jepun Kazuki Shibata-Naoki Yamada, mahupun gandingan adik beradik dari Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen, dalam saingan pusingan 16, esok
Dalam pada itu, satu lagi wakil beregu negara, Arif Junaidi-Yap Roy King, turut melepas pusingan awal selepas menewaskan Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan, 21-17,21-19, dan akan berdepan lawan berpengalaman dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, esok.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.