Badminton Antabangsa India: Justin Hoh tempah tiket pusingan 16, Letshanaa gagal tepati reputasi
Shaiful Shamsudin
November 27, 2024 23:14 MYT
November 27, 2024 23:14 MYT
Pemain perseorangan negara, Justin Hoh, berjuang hebat untuk kemaraan ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Antabangsa India Syed Modi, sebentar tadi.
Pemain tempatan, Mithun Manjunath, tidak memberikan laluan mudah sebelum akur 21-18, 17-21, 21-17 dalam pertemuan di Lucknow itu.
Rakan senegara di bahagian profesional, Cheam June Wei, menuruti jejaknya dengan menjinakkan S Sankar Muthusamy dalam aksi dua set.
Namun, Aidil Sholeh Ali Sadikin pula terpaksa akur kepada pilihan utama, Lakshya Sen, dalam pertarungan straight set.
Bagaimanapun, kekalahan mengejut 16-21, 19-21 K Letshanaa selaku pilihan ketujuh kejohanan kepada perseorangan nombor 118 dunia, Dai Wang, memberi tamparan hebat kepada kempen wanita negara dalam kejohanan super 300 itu.