Astro Kem Badminton: Goh V Shem titipkan pesanan berguna

Shaiful Shamsudin
September 17, 2024 17:49 MYT
Memasuki hari kedua Astro Kem Badminton 2024 yang berlangsung selama lima hari, peserta terpilih berpeluang untuk berlatih bersama pemain kebangsaan bertaraf olimpian!
Dan hari ini pemenang pingat perak beregu lelaki dalam Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem, turun gelanggang untuk melihat sendiri bakat-bakat muda yang terkumpul.
Dalam masa sama, V Shem sendiri kagum dengan semangat peserta Astro Kem Badminton 2024 sambil berharap mereka terus menggunakan pelantar seperti ini demi merealisasikan diri berada dalam skuad negara suatu hari kelak.
"Kem ini bagus untuk pemain muda sebagai medan uuntuk tonjolkan bakat.
"Pemain terbaik di sini berpeluang berpeluang menyertai kem kebangsaan.
"Kalau era dulu, kami perlu mencuri perhatian jurulatih tapi dengan adanya kem sebegini, peluang untuk pemain tonjolkan bakat lebih banyak.
"Tapi pemain juga perlu ada kemahuan tinggi. Tak guna juga kalau tidak serius sekiranya terpilih ke dalam pasukan kebangsaan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
#badminton #Astro Kem Badminton