Anfield tetap gelanggang istimewa buat Liverpool! - Jurgen Klopp
King Hisyam
May 6, 2024 15:28 MYT
May 6, 2024 15:28 MYT
Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp tetap menganggap Anfield kekal sebagai gelanggang keramat dan istimewa yang tidak mudah dikuasai musuh termasuk dalam aksi yang berlangsung ketika berdepan Tottenham malam tadi.
Walaupun ramai peminat yang menyifatkan The Reds sebenarnya lebih bernasib baik dalam perlawanan tersebut berdasarkan corak kebangkitan yang ditampilkan oleh Spurs, Klopp menyifatkan Anfield sebagai stadium yang telah menjadi saksi kepada kecemerlangan yang pernah dilakarkan oleh Liverpool dan juga kejayaan sepanjang beliau memimpin kelab gergasi England tersebut.
Ketika melontarkan padanganya dalam sidang media sejurus perlawanan tersebut, Klopp mengakui anak-anak buahnya telah memberikan kualiti permainan yang mantap sekalipun boleh dikatakan kebanyakkan pemainya berada dalam keadaan yang sedikit keletihan.
Namun penguasaan permainan yang dipamerkan katanya, menunjukkan prestasi semasa Liverpool ketika ini masih lagi yang terbaik selaku pasukan yang kekal sebagai musuh rapat terhadap pendahulu liga yang ada ketika ini.
"Anfield merupakan gelanggang istimewa hari ini. Kita telah mendahului mereka (Tottenham) dengan 4-0 dan saya telah membuat beberapa perubahan terhadap corak permainan namun ia tidak berapa menjadi selepas itu. Sebaliknya Tottenham bangkit dengan lebih baik namun ternyata kami lebih tenang untuk mengawalnya.
"Selagi mana pemain tidak terlalu banyak kesilapan, ia baik-baik saja bagi saya..biar mereka lakukan apa yang mampu..Saya suka cara mereka bermain dan jaringan yang terhasil adalah menakjubkan." Jelasnya kepada media.
Tambahnya lagi, adalah perkara biasa bagi setiap pemain kadang kala alpa atau tersilap namun ia bukanlah perkara yang besar.
Malah Liverpool jelasnya masih lagi berbaki dengan tiga perlawanan dan seandainya mampu melakar kemenangan The Reds masih lagi boleh berbangga dengan pencapaian sepanjang musim terutamanya sejak beliau beliau mengambil alih pada musim 2015.
Bagaimanapun Klopp tetap mengulangi pendirianya sebelum ini untuk meninggalkan kelab tersebut.
Dalam aksi malam tadi aringan menerusi Mohamed Salah, Andy Robertson, Cody Gakpo dan Harvey Elliott memberikan kemenangan penting yang diperlukan anak buah Klopp yang hanya menang sekali daripada lima perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) terakhir, sekali gus dilihat hampir tercicir daripada pemburuan takhta.
Kemenangan itu meletakkan peluang mereka secara matematik untuk menjuarai liga amat tipis, apabila ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Arsenal dengan baki dua lagi perlawanan.
Selain itu, LIverpool ketinggalan empat mata di belakang juara bertahan, Manchester City yang menduduki tangga kedua, tetapi memiliki kelebihan satu perlawanan berbanding kedua-dua pasukan itu.