ACL2: Jeonbuk balas dendam benam Selangor di Jeonju
Saufi Tahir
November 7, 2024 19:58 MYT
November 7, 2024 19:58 MYT
Jeonbuk Hyundai Motor memanfaatkan beraksi di laman sendiri selepas menewaskan Selangor 1-0 dalam perlawanan keempat Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Piala Dunia Jeonju, sebentar tadi.
Wakil Korea Selatan itu mendahului The Red Giants dalam separuh masa pertama selepas tandukan kencang Tiago Orobo pada minit ke-22 hasil situasi bola mati menewaskan Azim Al-Amin dengan keputusan itu kekal hingga kekal dalam babak pertama.
Ronnie Fernandez berpeluang menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-60 tetapi tiang gol menjadi penghalang ketika penjaga gawang Jeonbuk sudah tewas.
?? | ?? Jeonbuk Hyundai Motors 1️⃣-0️⃣ Selangor FC ?? Jeonbuk Hyundai Motors return to the summit! ⛰️ A controlled performance sees them secure the rematch win over Selangor FC!#ACLTwo | #JBHvSEL pic.twitter.com/z0tbXGpAJP
— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) November 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Anak buah Abdi Hasan mendominasi baki 45 minit dengan mencipta beberapa perluang berbahaya ke gawang Jeonbuk tetapi gagal menoktahkan dengan jaringan untuk perlawanan tamat dengan Selagor tewas tipis 0-1 di tempat lawan.
Kelab dari Lembah Klang itu akan meneruskan cabaran ACL2 berdepan Muangthing United di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pada 28 November ini.
Kemenangan itu memacu Jeonbuk merampas kedudukan dalam Kumpulan H ditempat pertama dengan sembilan mata selepas empat perlawanan dan Selangor di tangga kedua dengan tujuh mata.