100Plus minuman tenaga pilihan Aaron-Wooi Yik
Ammar Hakim
January 8, 2025 22:22 MYT
January 8, 2025 22:22 MYT
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, meneruskan kemaraan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia ke pusingan 16 hasil kemenangan yang diperoleh hari ini.
Berdepan beregu bukan pilihan dari Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Presley Smith, gandingan negara itu kelihatan tidak berdepan masalah untuk mencatatkan kemenangan 21-15 dalam set pertama.
Bagaimanapun, beregu pilihan kelima kejohanan itu kemudian tewas mengejut 16-21 dalam set kedua, sekali gus terpaksa beraksi dalam set penentuan.
RESULTS: #PETRONASMalaysiaOpen2025 MD | R32#MAS?? Aaron Chia-Soh Wooi Yik def. Chen Zhi Yi-Presley Smith 21-15 16-21 21-10 ⏱️58m#PMO2025#BadmintonMalaysia#GemilangkanLagi #DemiMalaysia pic.twitter.com/4mkJh7YqPV
— BAM (@BA_Malaysia) January 8, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Aaron dan Wooi Yik kemudian kembali mempamerkan penguasaan dalam set ketiga untuk meraih kemenangan 21-10 selepas secara keseluruhan bertarung selama 58 minit.
Selepas tamat perlawanan, gandingan negara itu, sempat berkongsi dengan wartawan lokasi, Zaki Zainal, bahawa 100Plus Active dan 100Plus Pro High Protein minuman tenaga pilihan mereka.
Aaron berkata, "Saya sangat suka 100Plus Active kerana tidak bergas, sangat bagus."
Wooi Yik pula berkongsi, "Saya sangat 100Plus Pro High Protein. Manis dan sangat bagus untuk meningkatkan tenaga."